Sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit
@
Sedikit demi sedikit lama-lama jadi amalan.
Betul tak?
Dalam hati ingin berubah menjadi insan yang lebih baik, seimbang dunia dan akhirat.
Dalam hati ingin menjadi orang senang tanpa masalah kewangan, tanpa memikirkan tentang kesempitan yang menghimpit.
Dalam hati ingin menjadi seorang pelajar yang cemerlang tanpa menanggung tekanan yang membebankan fikiran, jiwa dan raga.
Kuncinya amalan sedikit demi sedikit ini.
Tidak kiralah ingin berubah menjadi insan yang lebih baik dari semalam
@
Menjadi seorang yang bebas dari belenggu masalah kewangan
@
Menjadi pelajar cemerlang dalam pelajaran.
Jadikanlah amalan, istiqamah di dalam setiap perbuatan.
Jangan memaksa diri,
sedikit itu lebih baik
Daripada banyak yang menekan jiwa.
Sikit itu lebih baik apabila menjadi amalan harian ataupun bulanan.
Daripada banyak yang menjadi amalan jarang-jarang sekali.
Niatkan dalam hati,
AKU INGIN BERUBAH!
AKU INGIN BEBAS DARIPADA MASALAH KEWANGAN!
AKU INGIN MENJADI PELAJAR CEMERLANG!
dengan menjadikan amalan sedikit demi sedikit tu berterusan.
ISTIQAMAHLAH di dalam setiap apa yang kita lakukan.
mulakan dengan sekecil perbuatan.
Salam ceria hari jumaat...
HAPPY MALAYSIA DAY!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan