Hari demi hari berlalu pergi, semakin mendekatkan kita dengan kematian.
Pintu kehidupan kekal abadi..
Tak tahu bila, di mana dan bagaimana akan kita lalui,
Yang pasti kita akan laluinya suatu hari nanti.
Persoalannya sudahkah kita bersedia apabila tiba-tiba masanya telah tiba..
Tanah kubur banyak memberi pengajaran agar kita sentiasa mengingati kematian..
Sihat mana pun kita, tabah mana pun kita, sentiasa berhati-hati pun kita, apabila dijemput, kita terpaksa pergi.
Jadi sentiasalah mengingati-NYA, menunaikan suruhanNYA, semoga kita menjadi insan yang dijanjikan syurga..
(mood mengingati kematian apabila mendengar kematian adik kenalan kemalangan jalan raya, muda lagi tengah ambil PMR, abang ipar adik dalam ICU..muda juga)
Isnin, 15 Oktober 2012
Siapa tengok tanah kubur?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan