Isnin, 14 Mei 2012

Bahagia itu terlalu subjektif




Ada yang bahagia dengan kehidupan yang serba kekurangan namun penuh kasih sayang,
Ada yang bahagia apabila dikelilingi dengan kemewahan, melancong sana sini namun kekurangan kasih sayang.
Ada yang bahagia apabila dapat hidup bersama dengan orang yang dicintai namun dibuang keluarga.
Ada yang bahagia hidup sendirian namun mewah perbelanjaan,
Ada yang bahagia kerana dikelilingi oleh mereka-mereka yang berbahagia namun dia sendiri tidak bahagia.
Ada yang bahagia ditemani anak-anak sahaja..
Ada yang bahagia hidup berduaan dengan pasangannya sahaja,
Ada yang bahagia dengan dikelilingi timbunan kerja yang tidak pernah habis-habis...
Ada yang bahagia kerana mempunyai keluarga yang cukup lengkap namun bersederhana di dalam kehidupan.

Oleh itu walau apapun keadaan kita, asalkan kita menerimanya seadaannya tanpa sebarang rasa kekurangan pasti kita akan merasa bahagia. Bahagia dengan cara kita sendiri. bahagia melalui hari demi hari. Bahagia dengan apa yang dimiliki.

Tetapi saya, adakalanya merasa cemburu dengan kebahagiaan orang lain. adakalanya saya bagaikan tidak bersyukur dengan apa yang saya miliki padahal kehidupan saya kelihatan sempurna. Hakikatnya bahagia itu terlalu subjektif seiring dengan emosi kita yang selalu berubah-ubah. Biasalah kan adakalanya mood kita baik, ada kalanya mood kita macam angin puting beliung yang teramat kencang melanda.

Segala yang indah dan bahagia itu kadang kala terasa merimaskan namun sebenarnya itulah rutin yang saya lalui. juga setiap daripada kita lalui. sebab kita tidak sempurna. kesempurnaan yang dicari tidak akan dimiliki kerana sifat sempurna itu hakmilik Allah s.w.t. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan