Isnin, 14 Mei 2012

Persahabatan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas


Sahabat oleh Aizat...

Mungkin yang kenal saya, anggap saya seorang sahabat biasa, datang dan pergi. Mungkin ada yang menganggap saya tidak boleh dijadikan sahabat baik sebab sikap saya yang tidak mesra alam, tinggal di dalam dunia saya sendiri. ataupun mungkin juga yang cakap saya ni seorang sahabat yang pentingkan diri sendiri.

Ada pernah sekali, nak kata sahabat boleh juga sebab semua orang yang saya kenal saya anggap sahabat saya. Ada seorang adik praktikal semasa di tempat kerja lama dulu, anak orang kaya dan saya seperti selalu apabila orang tegur saya jawab dan adakalanya saya berada di dunia saya sendiri ( orang kata saya ni garang, part ni mmg saya akui) Kemudian habis praktikal dan lama tak jumpa dan saya ada ym nya.. Biasalah saya ni apabila lama-lama pasti teringat dengan sahabat yang pernah saya kenal. then saya tegur, apabila saya memperkenalkan diri terus dia ban nick name saya. terasa, terkejut dan fikir sekali lagi, tak apalah. kenal pun gitu-gitu je...(dalam hati semoga dia bahagia dengan kehidupan)

Itu secebis cerita persahabatan saya. dan banyak lagi... Ada yang manis, ada yang pahit dan ada yang kelatnya. Warna warni persahabatan ini mengajar saya erti kehidupan. Sahabat di zaman sekolah berbeza dengan zaman belajar di Universiti, di Matriks dan juga kerja. di dalam semua fasa yang saya lalui saya amat menghargai sahabat di zaman sekolah, matriks dan juga universiti. mereka memberi effect yang berbeza, warna persahabatan juga berbeza.

Sahabat dizaman saya sekolah dulu boleh dikatakan tahu bagaimana kehidupan saya dan keluarga saya sebab kami sama-sama dari daerah yang sama. saling kunjung mengunjungi ketika zaman sekolah dulu. pergi tidur rumah member A, stadi groud di rumah member B, tumpang makan apabila ada gap ke kelas tambahan di member C, macam-macam lagi sweet memori ketika zaman budak-budak dulu.

Masa tu sangat indah. kalau blh saya nak ulanginya berkali-kali menjadi anak-anak remaja ni...:) Buat sahabat.. saya rindu kalian semua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan