Bekas ubat
Ini bekas ubat saya yang wajib saya bawak di dalam hand bag saya.. tinggal dua biji je multivitamin dan separuh ubat darah tinggi... Balik nanti kena refill semula... Hidup saya bergantung dengan pil-pil ni... tetapi biasalah saya, bila time malas nak makan saya skip jugak ambil pil ini semua. Orang kata jangan mula makan ubat darah tinggi nnt seumur hidup kita bergantung kepada ubat tersebut. lama juga saya nak boleh makan ubat darah tinggi ni sebab darah saya normal je cuma kekadang tu apabila naik seminggu saya dok sakit kepala. naiknya tidaklah tinggi sangat sekitar 145/90 je.. rasanya ini yang paling tinggi. hendak dijadikan cerita macam mana saya terpaksa makan ubat darah tinggi ni, pada suatu petang tu, apabila balik kerja saya tertidur di depan tv, kemudian dalam setengah jam bangun, sebelah badan tangan dan badan saya terasa kebas. ingatkan ok dua tiga jam selepas tu, tetapi esok paginya tak jugak ok...terpaksa jumpa doktor dan doktor apa lagi... check tekanan darah mmg tinggi tetapi bukan tinggi benar pun... Sejak hari itu saya mula makan ubat ni...lupa dah namanya...ini buat ke dua, lebih kuat sebab itu doktor kasi separuh je makan...
Bab pemakanan memang saya jaga, banyakkan makan buah-buahan dan kurangkan makan nasi. nasi sekali sehari je kekadang tu dua @ tiga hari sekali. senaman pun ada jugak saya buat gerakan ringan tetapi satu kelemahan saya, saya tak suka minum susu. nanti boleh termuntah. saya lebih rela makan pil. sebab itulah multivitamin penting untuk saya. walaupun banyak makan buah tetapi saya tahu ada sesetengah zat itu tidak mencukupi seperti kalsium...
Hairan jugak kan, kenapa pulak saya boleh kena darah tinggi. Analisis semuanya, saya yakin sebabnya saya sentiasa stress walaupun saya kata saya tidak stress. nak stress pasal apakan? duduk termenung analisis diri, banyak benda yang menyumbang kepada stress ini walaupun saya tak nak akui... bab kerja, kewangan, rumahtangga, alam sekitar dan macam-macam lagi. Now saya cuba untuk tidak menyumbatkan kepala saya merisaukan perkara yang tidak sepatutnya saya risau...saya cuba dan akan terus mencuba. tetapi biasalah saya ni fikirkan perasaan orang lain dulu baru diri sendiri. konon diri ni tough womanlah.. padahal lembik woman... hahhahhaa :)
Jadi jika rasa selalu sakit kepala tu, walaupun bada maintain, diri rasa tidak ada apa nak fikir, cuba pergi check tekanan darah tu. kalau naik, sebenarnya diri kita stress tanpa kita sedari. Jadi bawa-bawalh diri bersantai dan bercuti. Jangan jadi macam saya dah terpaksa makan ubat. :D


Tiada ulasan:
Catat Ulasan