Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru




Cikgu adalah orang yang paling berpengaruh di dalam hidup kita selepas kedua ibu bapa kita. Dari sejak berusia 6 tahun sehinggalah 17 tahun, masa kita banyak dihabiskan dengan guru di siang hari... Teringat cikgu, teringat lewat zaman budak-budak dan remaja dahulu. Zaman nakal dan zaman memberontak. Zaman mula mengenal erti kehidupan dan pengalaman hidup. Cikgu insan mula yang berbakti mencurahkan ilmu kepada kita supaya menjadi SESEORANG, apabila dewasa.



Sudah 14 tahun saya meninggalkan alam sekolah. Hari ini 16 Mei. teringat dan terbayang wajah-wajah cikgu yang banyak jasanya kepada saya. Cikgu Azhar, Cikgu Masitah, Sir Farid, Cikgu Nazuri, Cikgu Hasmah, Teacher Aktar Zaiti, Cikgu Zaidi (cikgu Sek, Keb Jelawat), Cikgu Bidah, cikgu Nasir, Ustazah Rahimah, Ustazah Hasni, Ustaz Muslim, Ustaz Hasmawi, Cikgu Badri, Ustazah Shamsiah, Cikgu Zaini, dan banyak lagi, tak teringat dah namanya,(Guru-guru di Sek Men Agama (Arab) Yaakubiah, Nipah -sekarang sudah ditukar nama sebagai Maahad Yaakubiah Nipah) Cik Wan Haslin (pensyarah di Matrikulasi KPM, Kolej Yayasan Mara Bangi- kini polytech mara)



Mereka semua amat berjasa kepada saya sehingga menjadi saya hari ini. Saya pula mungkin cikgu-cikgu dah lupakan saya agaknya sebab anak-anak didikan mereka terlalu ramai. Yang mereka ingat pastinya mereka-mereka yang rapat dan sering berdampingan dengan mereka dulu. Saya pula, pelajar yang boleh dikatakan halimunan di hadapan mereka, jumpa pun pasti tak ingat dah, sebab saya ni pelajar yang tak rapat dan tak kamceng dengan guru-guru. Cuma mungkin mereka akan teringat sebab saya budak pandai dulu walaupun malas (ayat perasan ek) Hahahhaa.. saya boleh ingat lagi, saya tidur di dalam kelas sampaikan cikgu perasaan dan satu kelas tengok saya.

Saya akui saya pandai tapi saya pemalas. Saya buat kerja sekolah tetapi malas menelaah... kekadang saya habiskan kerja sekolah kat sekolah dan di rumah saya asyik bermain dan tengok tv je. Masa nak exam pulak, malam nak examlah baru saya stadi. sebab itulah SPM saya teruk (walaupun antara yang terbaik jugak) bagi saya amat teruk kerana saya boleh dapat lebih dari itu kalau saya rajin-rajin belajar. Kena usaha sikit je. Tapi biasalah saya ni memang pemalas. Cikgu tak ada plak marah saya sebab saya kan pandai (ayat perasan lah) padahal cikgu langsung tak pedulikan saya.

ketika ambil result SPM tu baru terasa menyesal. Saya tidak ada kekuatan nak bukak slip result saya. takut tak lulus, takut tak dapat pangkat satu, Ustazah Hasni yang tolong saya. Kat sini jugak saya melorot jatuh. Walaupun ramai orang ucap tahniah. tapi saya menyesal giler time tu... Macam-macam perasaan datang... tetapi.. mungkin laluan saya mudah..Diterima masuk ke KUSZA kemudian berhenti, masuk matrikulasi KPM (masa tu 1st bth orang kata pelajar terbuang...hahaha) masuk U pulak di 2sd semester ( istimewa sikitlah-sebab dapat perhatian lebih dari KPT untuk pelajar KPM 1st bth ni. Dapat 1st choice course yang saya pilih dalam UPU (Bachelor of Accounting, UPM)

Di sini pun saya malas... mungkin sebab tekanan hidup dengan masalah keluarga lagi. MAsa ni ada terfikir nak berhenti belajar dan bekerja membantu keluarga. Alhamdulillah cabaran belajar di Universiti dapat dilalui walaupun result tak gempak langsung.. Orang malas stadi.. beginilah nasibnya...

Dan cabaran hidup sebenar pun bermula.... mencari kerja dan menempa tempat di dunia pekerjaan memang memeritkan.. Ketika ini keperitan yang amat sangat. Orang kata kesusahan mengajar kita menjadi tabah dan cekalkan? Alhamdulillah fasa sebagai junior eksekutif telah lepas.. sekarang ni berusaha memperbaiki dan meningkatkan kerjaya pulak (dalam diri-nak jadi surirumah berjaya plak hehehe) tapi entah bila mampu dilaksanakan.

Apa yang saya lalui ini, dan semua telah lalui adalah bermulanya dari sekolah... dari situ kita akan melangkah terus kehadapan. Jika di sekolah cikgu sedia memimpin dan membimbing sehingga kita mampu berdiri dan berlari meneruskan kehidupan. Cikgu ibarat lilin yang menerangi jalan yang gelap. tanpa ilmu yang dicurahkan oleh cikgu... Saya dan kita semua tidak akan menjadi kita hari ini...

Selamat Hari guru buat cikgu-cikgu sekalian... terutamanya cikgu-cikgu yang telah membimbing saya di sekolah kebangsaaan Jelawat, Bachok. Sekolah Menengah Agama (Arab) Yaakubiah Nipah, Pensyarah di Matrikulasi KPM, KOlej Yayasan Mara, Bangi, Dan Pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UPM Serdang.

Kepada Adik Ipar Izyan Cik Ani, sepupu-sepupu, bapa dan mak saudara yang bergelar guru SELAMAT HARI GURU SEMUA.

pst... saya je yang tak ikut jejak langkah diorang jadi cikgu. kalau saya jadi cikgu.. mesti dapat gelaran cikgu singa betina.. sebab saya seorang yang garang ..... hahahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan