Perkara ni dah lama berlaku. sejak dari tahun lepas lagi. berkali-kali saya telefon dan smsnya tetapi langsung tidak terangkat. Minta maaf pun dah... Sampaikan saya tak tahu apa nak buat lagi. Apa salah saya? Perkembangan terbaru tentang dirinya saya tahu dari orang lain. Alhamdulillah dia bakal menjadi ibu atau pun telah bergelar ibu sebab ketika khabar gembira ini saya tahu dia dijangka bersalin pada bulan ini.
Saya betul-betul tak tahu. di mana silap saya? tutur bicarakah? tingkah laku kah? Atau ada sesuatu perkara yang telah saya buat diluar kesedaran saya? Susahnya nak mencari punca ni. Hendak berjumpa pun susah. Sebab saya di sini, dia berada di timur. Apabila saya balik kampung, dia pula tak balik. dan kebanyakan masanya dihabiskan di rumah mertua.
Selepas berkahwin ni, saya akui kebebasan saya terhad. Yelah kena dahulukan suami lebih dari orang lainkan? Bukan saya tak ingat dia, bahkan teramat ingin berjumpa dia. Dia teman saya yang mewarnai hidup saya sejak kecil. Dari bermusuhan kami menjadi kawan baik. Banyak cerita yang kami kongsi sebelum kami melangkah ke alam rumahtangga. Dia banyak menemani saya di kala saya kesedihan. Dia yang memahami.
Tetapi sikap dia, kalau dia terasa dengan orang akan mengambil masa yang lain untuk berbaik. Dulu-dulu pernah juga terjadi begini. tetapi dulu boleh lagi berjumpa sebab kami masih tidak terikat dan masih lagi tinggal berhampiran. Tapi sekarang masa, jarak, komunikasi menjadi penghalangnya. Apa yang perlu saya lakukan lagi.
Saya sayangkannya sebagai seorang saudara dan sahabat antara yang paling rapat. Saya sentiasa mendoakan agar dia sentiasa bahagia dengan kehidupannya sekarang dan berharap dia maafkan kesalahan saya yang mungkin saya lakukan tanpa sedar...
Maafkan saya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan