Isnin, 7 Mei 2012

Cinta tidak selalunya manis




Setuju tak dengan tajuk di atas. bagi saya cinta itu tak adalah manis sangat. ada juga baru hendak merasa kemanisannya, rupanya tertelan kepahitan. Cinta juga tak semestinya dimiliki dan memiliki. Kalau bercakap pasal cinta ini setiap orang akan merasai apa itu cinta sebab cinta telah Allah s.w.t wujudkan di dalam hati kita sejak kita diciptakannya.

Ia merupakan santapan rohani kita. Sebenarnya yang lebih manis dan tidak akan kurang kemanisan itu adalah cinta kepada-Nya. jiwa kita akan tenang, wajah kita akan sentiasa berseri-seri sebab cinta yang kita dambakan dibalas-Nya.

Saya sekarang tengah mengusahakan cinta-Nya. setelah tiga puluh tahun mengecapi kehidupan di bumi-Nya barulah saya betul-betul tersedar, rupanya cinta agung yang saya cari selama ini adalah cintakan DIRINYa yang maha Pengasih dan Maha Penyayang itu. Kasih sayang tiada batasan. bahkan sekarang, kesan kasih sayang-Nya membuatkan jiwa dan hati saya lebih tenang. redha dengan setiap detik yang saya lalui. saya tidak merasa takut lagi. hari-hari yang mendatang saya lihat dengan mata hati yang penuh rasa cinta bahkan, setengah jam saya habiskan masa membaca kalamnya bagaikan tidak terasa. Seronok... tambahan pula saya mula menghayati dan mendalami maknanya.

Oleh itu marilah kita cari cinta-Nya yang tersembunyi di dalam hati kita. Percayalah cinta yang tidak selalu manis itu akan sentiasa manis apabila kita sedar bahawa cinta-Nya adalah cinta yang dicari-cari selama ini.

Saya tengah berusaha dan sentiasa akan berusaha agar cinta saya kepada-Nya dan kekasihnya melebihi cinta saya kepada sesama insan di dunia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan