Pagi yang dingin... pagi tadi nasib baik tak terbabas subuh sebab bangun lambat... sejukkan? Pulak tu semalam tidur sorang tak de teman... lagilah best. boleh pusing sana... pusing sini... hehe
Jumaat dapat surat saman parking.. Hangin rasanya sebab parking tu pejabat dah sewa secara bulanan. tetapi oleh sebab diturap tar baru, garis parking tak buat lagi.. Penguatkuasa pulak terlebih rajin pergi saman. Mana tak hangin nya.. bayar parking mahal kena saman lagi. tak berbaloi langsung... Org MPS pulak agak2 lah nak saman orang ni... papan tanda dah letak kat situ dah. Kalau hari ni kena saman.. tak taulah.. nak duit pun berpada-padalah kan?
Percaya atau tidak kekadang ni kita ada jugak terguna barang pejabat untuk personal kan? (tipulah kalau ada yang terlalu jujur sangat nih :)) Saya pun ada terguna... memang ada... tapi tak adalah sampai benda tu orang atasan boleh perasan. Berpada-padalah kan? Kalau sampai bil telefon melambung.. apa kes? Saya jugak yang kena jawabnya... Nak tegur orang pun satu hal... sebab masing-masing kan ada mulut. Apa lagi tentunya menjawb dan tak mengaku salah. Kalau boleh saya tak ingin menegur lagi dah ( dah penat... macam letak air atas daun keladi pulak.. tak sampai sesaat dah tertumpah)
Tapi oleh sebab saya yang akan kena soal.. terpaksa mulut ni menegur.. tu pun orang yang ditegur dah tarik muka masam...Aduh penatnya apabila berada di tempat saya. Ohh dugaan... sabarlah hati... Kerja ooo kerja beginilah kerenah dan dugaan orang yang bekerja ek... Dugaan surirumah lain pulak.. Jadi bila jadi macam ni hati saya terus menyanyi-nyanyi... bilalah saya boleh buat kerja sendiri, cara saya sendiri tanpa perlu menegur kesalahan orang lain... dan tak ada pulak orang menyoal saya macam-macam padahal kuasa saya terhad dan saya tak ada kuasa pun nak menegur (tak jelas sebenarnya setakat mana authority saya di sini) Silap langkah, gelap masa depan kot (hehehhee.. mintak-mintak dijauhkanlah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan