Jumaat, 4 Mei 2012

Sendirian di malam hari...




Malam ini entah berbintang entah tidak.. tidak pula saya memandang langit malam... Malam ini sendirian buat seketika.. cik abang tak balik lagi.. menyelesaikan kerja-kerjanya yang bakal ditinggalkan dua hari nanti.. Minggu ini saya akan ditinggalkan. dia akan pergi ke JB bersama dengan ahli keluarganya. Kenapa saya tak ikut? Sebab cuti tinggal beberapa hari je... sebab saya ni susah nak tinggalkan pejabat... sebab kalau lama-lama bercuti ada je benda yang tak beres dipejabat. Jadi takut-takutlah nak cuti selalu...

Tapi hari saya tanpa cik abang takkan sunyi... sebab ada adik-adik yang datang menemani... Seketika saya bersyukur kerana keakraban kami adik beradik. susah senang diambil berat antara satu sama lain. cuma seorang adik je yang jauh ke selatan. yang lain ada di sisi... kalau berkumpul.. pastinya ada-ada je cerita yang ingin mereka kisahkan... Ada-ada je benda yang ingin dilakukan... Mendengar cerita orang lain tentang hubungan di antara adik beradik yang jauh, saling benci membenci, saling dengki mendengki membuatkan saya berdoa agar segala rasa dengki dan tidak berpuas hati itu jauh-jauh dari hati kami adik beradik...

tak ingin saya dingin dengan adik-adik. tak ingin saya cemburu dengan adik-adik. sebab kehidupan masing-masing, diri sendiri yang corakkan... kaya ker, berjaya ker, gagal ker semuanya atas usaha diri sendiri. Alhamdulillah saya dan adik-adik berjaya mengikut haluan yang dipilih. bersepakat dalam perkara-perkara melibatkan keluarga....

Hubungan persaudaraan ini indah. sebab menjadi sandaran di kala kesusahan. menjadi kekuatan di kala kita kelemahan... menjadi pendorong dikala perlukan galakan... Jadi berbaik-baiklah dengan adik beradik kita, biarpun kedua orang tua telah tiada. sebab merekalah tempat kita menyandarkan harapan di kala memerlukan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan