Jumaat, 4 Mei 2012

terkilan....



Sesekali hati ini terasa terkilan dengan seseorang. Namun tidak mampu diluahkan.. Kekadang hati ini sedih dan terasa dengan seseorang tetapi tidak mampu diungkapkan... Kekadang terasa hidup ini tiada yang sempurna.. Hati ini tidak selalunya tenang.. sesekali kesedihan, kerinduan membelenggu.. Namun tidak juga mampu diluahkan...

Cuma apabila berada di atas sejadah... berdoa dan merintih kepada-Nya.. memohon agar ditenangkan hati.. dilapangkan dada meredhakan apa yang telah berlaku.. Pasrah menerima setiap peristiwa itu. dikuatkan hati agar sentiasa memandang ke hadapan...

Kenangan itu walaupun manis.. telah tinggal kenangan. Walaupun pedih telah pun juga tinggal kenangan... inilah juga jalan yang dipilih biarpun bukan pilihan yang terbaik. telah dilalui separuh jalan, jadi wajarkan kembali ke pangkal jalan....

Bibir dibasahi zikir dan ayat-ayat cinta dari Allah s.w.t agar hati beroleh ketenangan. Jalan yang dilalui tetap lurus tanpa halangan menghalang....

Ya.. hidup perlu diteruskan biarpun sentiasa dihiasi dengan tangisan dan dugaan. kerana kemanisan hidup dikecapi kerana adanya tangisan dan dugaan... :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan