Khamis, 3 Mei 2012

Pagi yang dingin...



Alhamdulillah syukur di atas nikmatnya pagi ini. Disebabkan hujan yang turun petang semalam, malam tadi seronok tidur... sejuk.. hehehe.. sampaikan pagi ni mood malas dan bertenggek di kelopak mata, tak bagi bangun, suruh bermalasan lagi di tempat tidur...

Namun kerana tanggungjawab yang menanti, digagahkan diri juga... Malas ni jangan dilayan. kalau dilayan nanti tak terlayan.. Hari ini sarapannya bihun goreng.. biasalah nama je sarapan pagi, makan pabila jam telah menginjak ke 10 pagi.. jap lagi baru nak makan....cik abang pulak hari ni dia malas nak pergi kerja awal, masuklah lambat, siap boleh sarapan kat rumah lagi... Hari ni tercatat sejarah, isterinya keluar pergi kerja dulu...

Semalam kecoh dengan muka depan utusan Malaysia, kes skandal seks ahli politik.. Sebetulnya saya muak dengan pelbagai cerita yang disogokkan... Makin dekat hari nak mengundi.. pelbagai cerita mengaibkan keluar.. bukankah ada hadis nabi menyatakan.. mengumpat, mengaibkan orang tu berdosa besar diumpamakan  memakan daging saudara kita sendiri...

Orang-orang sekarang pandai menilai.. kebaikan dan keburukannya. Jadi ada baiknya kita jaga tepi kita dulu baru jaga tepi kain orang lain. sebab hidup ini umpama bola.. sekejap melantun ke atas, sekejap di sepak di atas bumi... Berdoa dan pinta kepada Allah s.w.t agar perbuatan-perbuatan ini dibalas dengan sewajarnya. Allah Maha Adilkan? Keadilan Allah s.w.t meliputi apa yang ada di bumi dan juga di langit...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan