Selasa, 22 Mei 2012

Peluang belajar sentiasa ada....




Belajar ni bukan terhenti setakat habis PHD atau tamat sekolah menengah atau ijazah atau diploma sahaja. tetapi proses belajar ini sebenarnya berterusan selagi kita bernafas di dunia ini. Selagi kita sihat dan cergas, setiap hari kita akan mulakan pelajaran baru di dalam hidup kita. Walaupun rutin harian yang dijalani itu adalah biasa dan sama setiap hari. Sebenarnya kita dari semasa ke semasa memperbaiki diri dengan mempelajari apa yang telah dilalui semalam...



Tetiba rasa nak bercerita pasal peluang belajar ni. Kalau di sekolah kita akan di label budak pandai atau budak kelas tercorot. Ada pelajar yang nakal dan malas pula di label budak penuh bermasalah. Itu semua  adalah sebahagian proses belajar kita secara rasmi, dan dari pengalaman pula adalah tidak rasmi. dari situlah kita mula membina hidup di masa hadapan. Gagal di dalam peperiksaan bukan bererti gagal untuk selamanya. Bukan bererti peluang kita tertutup!

Sebenarnya kita sebagai rakyat Malaysia ini bertuah kerana peluang belajar sentiasa terbuka dan sentiasa ada biarpun kita tak lulus SPM, cukup makan je.. asalkan ada keinginan untuk belajar dan memperbaiki kesilapan masa lalu. Bercakap pasal hal ini, semalam ada citer-citer dengan member pejabat. Dia aktif dalam tarik pelajar  untuk belajar dengan kolej yang melantiknya sebagai agen mempromosikan kolej tersebut. Menurutnya peluang melanjutkan pelajaran sekarang terbuka luas. Jika tak lulus SPM, dapat beberapa kredit je, pelajar tersebut boleh ambil sijil kemahiran. Jika ada kemahuan dan teruskan bersemangat belajar, dari sijil kemahiran tu boleh ambil diploma pulak, kemudian degree dan seterusnya.. sampai ke PHD.. Nah peluang itu ada tapi mungkin jalannya jauh dan perlukan semangat yang tinggi...

Orang yang pandai tetapi tidak berusaha memaksimumkan potensi yang ada di dalam diri, takkan berjaya juga... Sebab itulah semangat, perancangan masa depan perlu ada... Setiap orang telah ditetapkan rezeki masing-masingkan...Jadi terpulang kepada kita merebut peluang yang ada memperbaiki diri...

p/sst saya buat entri pasa belajar ni, sebab melihat adik-adik yang keputusannya teruk dan terus kurang bersemangat, mula merasa rendah diri.. Padahal peluang itu sentiasa ada. Dulu saya tak tahu... kini baru saya tahu dan saya ingin kongsikan bersama. di dalam suratkhabar, di dalam, fb dan juga internet yang tanpa sempadan ni banyak informasi yang boleh kita dapat, asalkan ada keinginan mencari maklumat dan mahu memperbaiki apa yang telah berlaku...

Tidak ada istilah terlewat.. sebab Rasullullah juga sentiasa menggalakkan pengikutnya menuntut ilmu...sentiasa berusaha memenuhkan ilmu di dada.,...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan