Isnin, 21 Mei 2012

Sakit...kesakitan ini...

Sakit ni bermula dalam minggu lepas... Saya sudah biasa sakit sebelum period ni. lepas kahwin makin teruk. Dulu pernah dengar orang cakap, selepas kahwin senggugut akan hilang... tapi saya sebaliknya. Semakin teruk dan period pun macam main hide and seek dengan saya.. Adakalanya dia datang tiap bulan, adakalanya dua tiga bulan sekali...Ada kala sakit dan adakala tak...

Bulan ni sakitnya sampaikan saya tidak boleh berdiri tegak. Berbaring salah, duduk salah dan berdiri pun salah... tak tahu macam mana hendak buat... teringat kata doktor, boleh makan panadol sebagai ubat tahan sakit, saya makan namun tetap tidak kurang jugak sakitnya.



Sehinggalah saya teringat, saya ada beli satu jenis alat mengurut daripada tanduk kerbau dari elken. teringat pula orang cakap.. ibu jari kaki tu dikaitkan dengan peranakan wanita. Jadinya saya urut kaki menggunakan alat ini, urut tapak kaki... memang terasa ketulan angin di saluran darah itu... saya gosok pula ibu jari kaki... memang terasa sakit walaupun sayu gosok dengan amatlah perlahan, namun lima minit kemudian, sakit perut saya beransur hilang... Alhamdulillah.. Kalau tidak.. sepanjang malam saya akan kesakitan dan tidur tidak lena....

Hari ini tak sakit sangat.. sikit-sikit tu adalah.. boleh tahan dan boleh buat kerja di pejabat. Saya stand by dengan tanduk kerbau ni.. saya lupa dah alat ni orang panggil apa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan