Owhhh.. esok kena, terpaksa masuk kerja semula. Hati mula terasa berat. Dan terus berteka teki... Kalaulah saya menjadi surirumah/housewife alangkah bahagianya...
-tak perlu bangun pagi-pagi dan boleh bermalas-malasan di atas tilam.
-tak perlu mengadap muka bos yang kekadang manis, kekadang masam, kekadang moody.
-tak perlu membuat kerja yang memerlukan akal berfikir berat-berat dan menyebabkan stress.
-tak perlu pening-pening nak makan kat mana.
-tak perlu sentiasa sibuk dengan kerja.
Bahagiakan hidup begitu... cuma berada di rumah. melayan suami... melayan anak-anak (akan datang) :) Alangkah bahagianya saya dapat mengatur masa saya sendiri. Tidak perlu terikat dengan office hour. Tidak perlu terikat dengan dateline kerja. dan yang paling penting tidak perlu hadapi politik pejabat. Hati saya akan tenang...
Saya boleh buat kerja kegemaran saya iaitu menulis. mengetuk kekunci ini dan berada di dalam dunia ciptaan saya sendiri. Bebas melayari internet... mencari bahan untuk penulisan saya. Bebas berjalan apabila saya terasa ingin keluar berjalan-jalan...
Tetapi sebenarnya keseronokan itu.. termimpi-mimpi di dalam hati ini hanyalah keindahan ilusi sahaja. Kerana apabila perubahan berlaku di dalam kehidupan ini, ada baik dan ada buruknya. Ada kelemahan dan ada kelebihannya. Sebab sudah fitrah kejadian insan di dunia fana ini, tiada yang sempurna. Kerana kesempurnaan itu milik Allah s.w.t
Tiada ulasan:
Catat Ulasan