Betul tak? Ada permulaan apabila melakukan sesuatu. Kali pertama. Orang kata kali pertama tu susah. Kali pertama itulah penentuannya sama ada elok atau tidak elok langkah kita yang seterusnya. Inilah permulaan posting di blog baru saya. Oklah untuk blog baru, permulaan baru, shima akan mulakan dengan ganti nama saya. rasa lebih sopan dan tertib sikitkan? Bukan menyebut aku. tapi kalau di Sabah @ Sarawak @ Indonesia, aku merupakan ganti nama yang sopan. yang digunakan untuk membahasakan diri dalam kehidupan harian. Sama jugaklah dengan sayakan? namun pada pendengaran shima, saya itu lebih sopan.
Blog ini tiada kaitan langsung dengan novel atau pun bidang penulisan yang saya sedang ceburi secara part time ni. Blog ini lebih kurang seperti diari atau journal hidup saya. Saya ingin berkongsi cerita. Mungkin biasa-biasa bagi anda semua tetapi sebenarnya ada sesuatu yang tersembunyi sebenarnya. Jika kita menghayati kehidupan yang kita lalui, sejauh mana ingatan yang ada pada memori kita, tentu kita takkan percaya bahawa kita telah berjaya menjalani kehidupan ini mengikut acuan kita sendiri. Betul tak?
Untuk entri yang pertama itulah yang ingin saya katakan. setiap kejadian ada permulaan. sebagaimana setiap pertemuan ada perpisahan... Dua perkara ini sedar atau tidak sentiasa kita lalui... Ada yang memberi kesan kepada hati kita, dan ada yang bagaikan angin lalu... bertiup mengibarkan pakaian kita tanpa sedikitpun meninggalkan kesan. Mungkin terasa dingin atau haba panas.. Namun itu begitu cepat berlalu...
Selamat membaca..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan