Selasa, 5 Jun 2012

Kawin...




Alhamdulillah... Jea telah pun selamat menjadi isteri orang. dengar kata dengan 4 kali lafaz.. fuh banyak tu... Cabaran hidupnya telah bermula. Rutin baru akan dihadapinya. sebumbung dengan seseorang yang sebelum ini hanya berjumpa beberapa jam sehari atau beberapa kali seminggu takkan sama dengan kisah tinggal bersama di dalam satu rumah. berkongsi satu bilik, satu bantal dan satu matlamat hidup. Mengukir kisah baru dan membentuk sebuah keluarga yang penuh kasih sayang.

Jea adik ke dua saya. menamatkan zaman gadisnya di kala usia dua puluh enam tahun. umur yang sesuai untuk mula mengemudi kehidupan berkeluarga. berkongsi suka duka dengan seorang lelaki yang akan menjadi peneman dan pelindungnya sehingga akhir hayat. kemudian berkembang menjadi tiga, empat dan seterusnya.

Sedikit beban di hati saya di angkat pergi. kini saya tak perlu risaukan keselamatan dan keadaannya lagi. Kini tanggungjawab itu telah tergalas di bahu suaminya. Abah pun sudah boleh menarik nafas lega kerana anak gadisnya kini selamat di dalam jagaan seorang lelaki yang dia yakin mampu membahagiakannya.

Namun hati saya juga merasa sedih kerana saya tahu sedikit demi sedikit hubungan kami akan terjarak tanpa kami sedari. Jika dulu, rumah saya menjadi tumpuannya di kala hujung minggu. berhimpit dan bercerita dengan saya. berkongsi cerita dengan saya. kini dia sudah ada seseorang yang akan mendengar keluh kesahnya. mungkin di kemudian hari kami akan semakin jarang bertemu, jarak, masa dan keadaan akan membataskan pertemuan itu. tetapi saya tetap memohon pada-Nya, agar pertalian adik beradik ini takkan terlalu jauh....

Semoga adikku Jea dan pasangannya berbahagia dunia dan akhirat...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan