bercakap tentang duit, wang.. walaupun banyak namun sentiasa tak cukup-cukup. dulu gaji ciput cukup je makan... makan naik.. cukup gak makan... makin tinggi lagi cukup makan dan tanpa kita sedar duit yang menguasai hidup kita bukan kita yang menguasai duit itu.
Benda ni kita takkan sedar secara langsung melainkan kita meneliti setiap perbelanjaan kita, ke mana duit tu pergi dan berapa banyak duit yang tinggal untuk tabungan kita. Sedar atau tidak, bila duit tak ada, diri kita cukup resah dan gelisah, fikiran ligat mencari idea macam mana hendak dapatkan duit bagi mencukupkan perbelanjaan kita...
bercerita pasal duit ni, saya dulu pun sentiasa resah sebab duit selalu tak cukup, cukup pun cukup-cukup utk makan, tempat tinggal dan keperluan asas yang lain. Untuk kehendak kena berfikir beratus kali, kena membuat pertimbangan berulang kali, patut ke tak patut duit yang berbaki sedikit itu dibelanjakan. Mulalah saya mencari maklumat di internet bagaimana mahu menguruskan kewangan saya dengan sistematik. Penting amat penting bagi yang berkeluarga berpakat dalam merancang perbelanjaan. jangan kau. kau,.. aku.. aku...
Menguasai kewangan keluarga itu penting dalam menjamin kebahagiaan dan keharmonian keluarga. Zaman sekarang, cinta bukanlah perkara yang boleh menguatkan ikatan sebuah perhubungan. Cinta dan wang perlu berjalan seiringan. tanpa wang, cinta yang membara kian malap apinya. tanpa cinta pula, wang bertimbun tiada maknanya.
Untuk menguasai kewangan kita perlu melihat perbelanjaan bulanan kita... Perlu bahagikan kenal pasti punca pendapat kita dan berapa jumlah yang kita perolehi setiap bulan. Kemudian perhatikan pula perbelanjaan bulanan kita, perbelanjaan tetap, boleh ubah dan juga tabungan.
RM( pendapatan) = tabungan + perbelanjaan tetap + perbelanjaan boleh ubah.
RM (pendapatan) = gaji, untung bersih perniagaan, sewa, dividen atau upah
tabungan = tabungan ASB/ kecemasan/ Tabung haji/ saving.
Perbelanjaan tetap = rumah + kereta+insuran+ sumbangan kepada ibu bapa + astro
Perbelanjaan boleh ubah = belanja dapur + anak + telefon + air + elektrik + minyak kereta
kalau kita dapat menguasai apa yang saya tulis kat atas tu Alhamdulillah.. ada masalah dapat diselesaikan... Yang penting.. terlebih atau terkurangnya perbelanjaan kita mestilah tak usik perbelanjaan tetap dan tabungan itu. Kalau boleh jimat sebanyak mungkin di perbelanjaan boleh ubah tu... Jadi di situ kita ada lebihan wang yang boleh kita gunakan atau disimpan lagi untuk kegunaan masa hadapan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan