Sabtu, 29 September 2012

Bajet 2013

Salam dan selamat tengahari semua...
Blog ni dah jadi rumah lelabah dah. Lama tak check in. Tuan Rumah makin malas berblog pula sekarang ni, rumah sana pun sama.. Banyak yang pending...


Tapi tak apalah.. blog ini diwujudkan untuk berblogging suka-suka je.. Jika ada orang baca Alhamdulillah...

Bajet 2013 kerajaan Malaysia telah pun dibentangkan. Banyak pro and kontra dia. Masing-masing ada pendapat masing-masing. Bagi saya, ini pendapat sayalah, ada juga pembaziran di dalam bajet tersebut. Ada segelintir yang tidak terkena tempiasnya. ooo.. tapi ada juga yang saya suka, tang pendapatan bercukai sehingga 5,000 ringgit tidak dikenakan itu, tang skim rumah pertamaku yang dinaikkan maksima pendapatan rm5,000 dan berpasangan rm10,000. Skim perumahan yang ingin mengurangkan harga rumah pun saya suka, sebab sikit sebanyak saya terkena juga. Alhamdulillah..

Ada yang bersungut di dalam FB pasal kakitangan kerajaan yang dapat bonus. Kakitangan swasta macam mana pula? Kakitangan swasta ni dapat bonus diam-diam je, tak dak yang heboh. kerajaan je yang heboh. Saya salah seorang kakitangan swasta, alhamdulillah tiap-tiap tahun ada bonus, ada kenaikan dan ada duit raya. Mungkin dari segi benefit lain tu kurang, sekurang-kurang saya nikmati juga apa yang kakitangan kerajaan rasa. Jadi yang seangkatan dengan saya bersyukurlah dengan rezeki yang kita perolehi.

Sebenarnya, sikit atau banyaknya pendapatan bulanan @ tahunan kita tidak terlalu memberi impak jika kita pandai menguruskanya, berbelanja mengikut kemampuan kita, saya yakin kita mampu hidup selesa dengan cara kita. Sepatutnya kita pun kena bentang juga bajet untuk diri sendiri. Jadi di situ kita boleh tengok kemampuan kita, Yang mana perbelanjaan boleh dikurangkan dan yang mana perbelanjaan perlu ditambah.

Sebenarnya saya pun seperti orang lain. dengan pendapatan terhad, banyak keinginan dan nafsu terpaksa disekang. Melihat kawan-kawan pakai baju berjenama, naik kereta mewah dan belanja mewah, gulp telan air liur jugak. Lepas tu hati akan berkata, banyaknya duit dia. tetapi kita tak tahu betapa susahnya mereka mendapatkan duit tersebut, betapa mereka berusaha menbanting tulang siang dan malam untuk mengecapi kemewahan itu. Sebenarnya kita boleh, jika kita usaha dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Kenaikan harga barang memang tidak dapat dielakkan. Ini adalah akibat dari sistem yang digunapakai sekarang dan ketamakan manusia yang bertuhankan duit. itu Memang tidak dapat dinafikan dan terpaksa kita terima.

Jadi sebab itulah kemahiran pengurusan kewangan itu penting. Orang yang pandai menguruskan duit, tahu bagaimana nak beranakkan duit rm1 jadi rm10 jadi rm100 seterusnya rm1000... rm10,000 dan seterusnya.

Jangan kita jadi pandai membelanja sahaja sebab kerajaan baik hati berikan rebat itu ini, dan semakin naik lemak, tak puas dapat betis nak lagi paha...Mana-mana kerajaan pun boleh bankrap kalau berterusan macam ni....

Bersyukurlah dan pandai-pandailah menguruskan kewangan sendiri. jangan terlalu harapkan ihsan kerajaan kerana sepatutnya orang yang benar-benar tak mampu sahaja layak menerimanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan