Hari Isnin telah pun beransur pergi. Petang kian singkat masanya...Bagi orang yang kerja, petang ditunggu-tunggu. tak sabar ingin pulang... (sama je ngan saya nih) Asyik membilang waktu je. Aduh malasnya nak kerja. Eh silap bukan malas, tapi bila masuk je pejabat pagi tadi, terus sakit kepala datang. Tak tahu kenapa dan mengapa.
STRESS? Mungkin kot. Sebab berhujung minggu tak ada pulak pening-pening kepala, tak ada pulak sakit-sakit kepala nih.
Bila fikir-fikirkan semula, mungkin kot diri saya tengah stress bawah sedar. Selalu sangat kena. Nampak gayanya kena bercuti / bersara. nih.
Kenapa boleh stress... jom kita check up...
- Diri sendiri - renungkan dalam diri, apa yang tak beresnya. Apa yang membuatkan hati risau atau otak terlebih berfikir. Apa, mengapa dan kenapa?
- Keadaan sekeliling cth tempat kerja/ rumah dan alam sekitar. Kerja banyak? Rumah bersepah? Jiran tetangga yang terlebih ambil berat?
Jadi sebagai seorang muslim, untuk mengelakkan stress ini kita perlu sentiasa mengingati-Nya dengan menunaikan kewajipan kepada-Nya. Mengadulah pada-Nya, mintalah pada-Nya.
Jangan pula mengadu sesama makhluk. Bagus apabila kita meluahkan masalah kepada kawan-kawan, saudara mara atau ibu bapa tetapi jangan pula sampai mereka tertekan dengan masalah kita. Sebenarnya masalah tidak akan selesai dengan mengadu sahaja.
Sebab itulah saya katakan, mengadulah pada Allah s.w.t. DIA sentiasa mendengar, bahkan DIAlah yang akan memberi petunjuk dan jalan untuk menyelesaikan masalah atau stress yang kita alami.
Stress yang saya alami sekarang mungkin tak seteruk yang pernah saya lalui sewaktu ketika dulu. yang pastinya, MENGADU PADANYA, SENTIASA MEMBACA KALAMNYA...jiwa yang tegang akan terasa damai.
Tak caya? Cubalah? tak perlu berbelanja banyak jumpa pakar psikologi. Hasilnya memang berbaloi.
Salam ceria...
Tak caya? Cubalah? tak perlu berbelanja banyak jumpa pakar psikologi. Hasilnya memang berbaloi.
Salam ceria...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan