Rabu, 3 Oktober 2012

Malang tak berbau...

Ini entri tertangguh pagi tadi. ceritanya jadi pagi tadi tapi baru malam ini saya kisahkan di sini.

ihsan uncle google

Pagi tadi rutin saya seperti biasa, dan terbangun awal pagi ni, 5.30 pagi dah hendak bertukang di dapur. Menu bekal hari ni maggi goreng tomyam ya, my bad, saya selalu tak ingat nak snap picture. Hmmm lain hari ya. Kelentang kelentung kat dapur tu.. hehehe.. tapi tak de bunyi blender ya coz bawang kisar sudah sedia ada di dalam peti ais. Siap masak kul 6.10 pagi. Siapkan bekal Mr Hubby dan siap cium tangan pipi bagai (hehehe romantik tak kami?) barulah saya masuk bilik air dan bersihkan diri.

Rutin harian, mengadap Yang Esa dan membaca kalamnya sambil tunggu waktu untuk solat dhuha sempat lagi lipat kain (rajin tak?) Minggu ni saya terkena virus rajin, alhamdulillah.. mudah-mudah virus ini sentiasa menyerang saya dan semua kerja rumah shoot siap, tak ada tangguh-tangguh dah.

8.00 pagi saya dah start enjin kereta saya (harta company). Hajat dihati nak sampai awal kat pejabat. 5 minit je dari rumah. sebab ada banyak kerja yang perlu saya selesaikan. Jumaatkan nak bercuti. jadi 2 hari ni settlekan semua kerja.

Mula-mula perjalanan, alhamdulillah ok. Kemudian ada sebuah kereta wira ni potong kereta saya, tak sampai seminit tiba-tiba bunyi macam ada benda kena langgar, plastik, tin berteraburan di atas jalan. Nasib baik saya bawak kereta dalam 50km/jam je dan tak adalah rapat sangat mengekori kereta yang potong saya tadi. Dia brek mengejut, saya tergamam. Masa tu tak nampak pun sesiapa di hadapan kereta tersebut, saya cuma nampak barang-barang terpakai tu berteraburan.

Nak keluar ke tak nak. Saya dah menggigil ni apabila perasaan seorang aci india terbaring di atas jalan dan pemandu kereta tersebut keluar mengangkat aci tersebut ke dalam keretanya. Okey.. bila diri rasa okey sikit saya pun keluar, coz masa tu tak ada orang pun berhenti dan tolong dia.

"Boleh ke tak ni?" Soal saya dan saya cuba angkat aci tu sekali ke dalam kereta tetapi tak boleh, berat. Jadi saya ke pintu sebelah dan tarik dari dalam. Fuh memang berat, tapi dapat jugak masuk sedikit. Mujurlah selepas itu seorang lelaki datang menolong dan dapatlah tarik aci tu ke dalam kereta. Ketika itu juga beberapa buah kereta dan motorsikal berhenti untuk menolong.

Saya masih menggigil lagi ni, lemah lutut bagai. Kereta wira tu dialihkan ke tepi dan saya pun hidupkan enjin dan berlalu dari situ. Semasa memandu tu, saya macam mamai, hanya bawak kereta dan ingin cepat sampai ke pejabat. Dalam bawa kereta tu bunyi pula orang dok hon. Mula-mula buat tak kisah, kemudian saya berpaling juga dan lihat sebelah kiri saya seorang penunggang motorsikal beritahu saya pintu kereta tak rapat. Fuh nasib baik. Saya amat berterima kasih padanya. Jika tidak mungkin terjadi perkara yang tidak diingini. Syukurlah.

Aci tu pula? Saya tak tahu bagaimana keadaannya sekarang. Semasa saya tolong dia tadi, tak ada pula berdarah. Semoga dia tidak ada kecederaan dalaman sebab saya rasa kereta tu tak adalah laju sangat (tapi lebih laju dari sayalah). Mungkin kemalangan itu berlaku aci tu melintas jalan dan tak lepas kot.

Ini pengajaran buat saya dan juga pengguna jalanraya lain. Waspadalah selalu. Di area saya ni, pagi-pagi memang ramai yang melintas tiba-tiba. Kena sentiasa berhati-hati selalu.

mood: Ni yang tak nak bawak kereta nih. Seriusly yang tak suka sangat pandu kereta sendiri. Saya lebih suka jadi peneman driver je. Tapi nak tak nak kena juga pandu sendiri coz tak mahulah belum pukul 7 lagi dah terpacak kat pejabat. Isyyyy..... dua jam tu amat berharga buat saya untuk menguruskan kerja rumah ni.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan