Saya rasa ramai yang mengalaminyakan? Pelbagai masalah yang membebani diri kita. Nak mengadu atau luahkan takut benda tu akan membebankan orang lain atau kesannya memberi impak besar pada diri kita.
Dipendam sahaja... Lama kelamaan ia akan memakan hampir separuh keyakinan dan keceriaan di dalam diri. Jadi apa yang anda akan buat? Apa yang saya akan buat?
1. Pendam di dalam hati buat selama-lamanya.
2. Luahkan pada orang lain.
3. Melarikan diri.
4. Mengadu pada YANG MAHA MEMAHAMI IAITU ALLAH S.W.T
Pilihan saya nombor 4. Mengadu kepadaNYa dan berusaha memupuk hati supaya redha dan berserah sahaja. Serta mengharapkan masa akan berlalu dan menghapuskan keperitan yang ditanggung di dalam hati. Berusaha dan berserah.
Pstt...saya sekarang tengah berusaha merawat hati. Sungguh mahukan masa cepat berlalu agar saya dapat lupuskan segala sesak di dalam diri ini.
HANYA DIA YANG TAHU. buat anda juga ... Usaha dan doalah agar bebanan hati itu kian berkurangan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan