Selasa, 30 Oktober 2012

Ujian yang datang...

Hari ini entri-entri cerita kisah seminggu yang lepas ya. 
Sebelum bercuti raya hari tu, BP saya naik tinggi 140/90. Patutlah setiap kali datang ke pejabat kepala akan berat dan pening. Asyik-asyik meloya je.. Peliknya apabila berada di rumah semua kesakitan itu akan hilang. Kesibukan dalam dua minggu lepas memang memberi kesan fizikal kepada saya. 
Mulalah berfikir.. resign.. resign... dan resign....
Mulah berfikir alangkah damai dan tenangnya dapat bercuti di tepian pantai atau di tanah tinggi. Sambil pejam mata, fikiran saya mula menerawang menuju ke destinasi indah. Singgah di pantai nan indah. Deburan ombak yang menghempas pantai. Mentari pagi meminjamkan cahayanya menerangi alam. anak-anak ikan berwarna warni berenang renang dicelah-celah batu karang yang tersergam indah.. Kejernihan airnya membuatkan mata tidak ingin lepas menikmati keindahan alam di dalamnya.


Ehsan En Google



Air laut membiru memberikan ketenangan. Saya mahu ke sini suatu hari nanti, Pulau Perhentian.

Kemudian saya singgah pula di puncak Cameron Highland. Suhu dingin menyejukkan jiwa. Warna-warni bunga- bungaan memberikan tenaga.. Damai yang hadir tidak ingin dilepaskan.

Kehijauan alam mendamaikan...

Gambar ni ehsan En. Google ya.. Gambar saya di dalam kamera.


Akhirnya saya sampai di sini, CAMERON HIGHLANDS. Singgah bermalam semalaman ketika dalam perjalanan pulang ke Batu Caves. Rasa ingin berlama-lama. Rasa ingin bermalas-malasan di sini selama berminggu-minggu dengan ilham yang mencurah-curah. :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan