Khamis, 13 Disember 2012

Apabila suami jadi suri rumah



Assalamualaikum w.b.t

Suka tak apabila suami jadi suri rumah dan kita kerja. Kalau saya suka.. suka.. suka.. copp cukup tiga kali. lebih tu dah jadi jeles... jeless.. jeless dah...hahahhahaha Nak lah saya duduk rumah pulak.

Mana aci kita kena kerja dan dia berada di rumah. Sekejap je bolehlah.. tak nak selamanya. hahahaha.. Encik Hubby kena baca ni. Tapi part yang best balik rumah kain dah berlipat ( jika saya ikut mood, datang rajin cepatlah lipat kain), makanan pun dah tersedia ( yang ni time encik hubby rajin dia masak, jika tak bungkus) senang hati, balik-balik terus rehat depan tv. Tapi tak lama mana pun, kena bebel plak..( biasanya saya bebel kat dia, ni terbalik saya lak kena bebel.).

Senang hati bila balik terus pandang wajah suami... Bukan kena tunggu dia balik kerja plak... bestkan?

Itu rutin saya sejak dua menjak ni apabila encik hubby membuat keputusan melanjutkan pelajarannya. Senang hati apabila dia selalu ada. Jika rajin dia akan masak dan hantarkan makanan kat saya. Jika malas kami makan kat luar atau sama-sama makan salad, diet.. :D

Walaupun begitu ada masanya dia kena tinggalkan saya sekejap apabila menguruskan hal berkaitan dengan research dan proposalnya. Ini baru permulaan perubahan rutin harian kami... Tahun depan ada cabaran baru dan masa mungkin tak sebanyak ini untuk saya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan